Batch 2 June: Baking & Deco Buttercream Cake

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Kelas ni agak menarik para pesertanya. 3 orang datangnya dari TM, Cyberjaya iaitu Azrina, Suria dan Izwani. Dan sorang lagi dari Miri, Sarawak; Kak Nori. Dan sesampainya rombongan TM ni di rumah saya, Azrina dan Kak Nori melompat2. Rupanya dorang saling kenal masa sama2 di TM. Hhuhuhuhu.. terjejak kasih plak!!!

Masa kelas dah hampir separuh hari, tiba2 Suria pula kene serang migrain. Kesian sangat tengok dia. Saya kasi dia ubat migrain dan beberapa kali Suria terpaksa berehat dan tidur :(

Tapi alhamdullilah, disaat akhir, migrain dia makin OK dan dia cepat menangkap ape yang tertinggal. Saya banyak bantu dan beri perhatian pada dia. Alhamdullilah, semua peserta dapat buat dan deko kek dengan cantikkkkk :)

Terima kasih semua. Semoga bersua lagi. Ops! Kak Nori, terima kasih for the Laksa Sarawak :)

Batch: 2 June 2010