Penambahan Jadual Kelas & DIY Cake Stand

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Penambahan Jadual Kelas Julai
Lately ramai yg request untuk adakan macam-macam jenis kelas. Jadi saya sentiasa update jadual diatas. So, u all boleh sentiasa intai2 jadual diatas yg akan sentiasa saya kemaskini ye. Mana tau tergerak hati nak join on that particular date & class :)

Ramai juga yang email. Bimbang sebab takde experience & knowledge langsung. Pegang tepung pun bile wat cekodok jer :P Don't worry! Saya memang akan ajar from veryyyy basic & step by step. Semua hands on dan boleh difahami. Masa dalam kelas pun banyak practice. Buat tak betul saya rotankan je tangan... hihihihihi....

DIY Cake Stand

Alhamdullilah! Bangga saya tengok peserta2 yang pernah ikuti kelas DIY cake stand dah berjaya buat untuk tempahan. Ada juga yang beli DIY cake stand yang dibuat oleh pak mentua saya, yang lebih anggun cake standnya. Nanti InsyaAllah saya akan up kan dlm blog ni if ada sesapa nak tempah.

Jom tengok hasil Cake stand mereka yang anggun2 ni...

Yang ni dari Akmalazura (Kajang). Dah beberapa kelas dia join my class. Seingat saya dia penah join kelas asas menyalut kek dengan buttercream, sepcial class for ex-student, DIY cake stand & 3 tier buttercream cake. Memandangkan dia tinggal agak berdekatan dengan saya, kadang2 bila ada customer order dari saya dan saya tak dapat ambil order, saya rekomen kan je kat azura :P termasuk lah Wedding Cake dalam gambar bawah ni.

To view more, visit her website:- http://www.bakinglover.com/




Yang bawah ni pula hasil Azreena Mohamad dari Miri Sarawak. Bulan April hari tu Azreena datang untuk blaja stacked fondant wedding cake & DIY Cake Stand. Azreena pun ada beli Cake stand yang pak mentua saya buat. Cost hantar ke Miri sangatttttt mahal... kesian saya tengok. Tapi dia nak jugak. Harganye 2 kali ganda dari harga cake stand tu!

To view more, visit her website:- http://ummilittlekitchen.blogspot.com/


Ini DIY Cake & Cupcakes Stand hasil kreativiti Azreena lepas belajar dalam kelas saya


Yang ini Cake Stand yang dibeli dari saya. Cantikk kan? Terserlah keanggunan Cake & Cupcakes dia :) Good Job Azreena!


Yang ni pun Cake Stand yg dibeli dari saya. Berbaloi2 kan Azreena? One time investment. Tempahan wedding cake dgn cake stand ni mencurah2 datang kan. All the best!

Yang ini pula hasil dari Rafidah from Nilai. Rafidah penah attend kelas Stacked & Tiered Fondant Cake & DIY Cake Stand. Cake stand ini pun Rafidah beli dari saya juga :) Rafidah ada blog tapi katanya dia tak update2 blog tu. So boleh jenguk dia kat Facebook Screen Name dia Nenek Rock :P Next Rafidah akan attend kelas Doll cake with buttercream & Fondant pula. Patut bulan lepas, tapi tiba2 saya jatuh sakit pula, terpaksa tunda kelas. So, Jumpa nanti yer :)



Sesiapa berminat nak attend class DIY Cake Stand, boleh email pada saya. Detail kelas boleh klik sini