Salam Aidilfitri & Combo Cupcakes & Cake on 22 Sept

Assalammualaikum & Salam Aidilfitri,

Pertama sekali saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir & Batin. Terima kasih juga rakan2 yang pernah datang belajar dengan saya yang menghantar beberapa cookies & kek raya :) Terima kasih atas ingatan :)

COMBO CUPCAKES & CAKE @ 22 SEPT (RABU)
Maaf for the short notice. Atas permintaan seorang kawan, saya akan mengadakan kelas berikut pada hari rabu ni. Kelas bermula pada jam 9.30am hingga 5pm & yuran RM300. Detail kelas as below:-

COMBO A: BUTTERCREAM CUPCAKES & CAKE
Time: 9.30am - 5pm
Fees: RM300 seorang (jimat RM60)
Peralatan perlu dibawa: Pen, Apron & kain lap
Makan Tengahari disediakan

Anda akan pelajari secara Hands-on:-
- mengenali bahan mentah, suhu & jenis oven
- membancuh dan membakar cupcakes menggunakan papercup & solo cup
- membancuh , membakar dan menghasilkan kek yang tidak naik terlalu tinggi dan pecah
- membuat buttercream dan chocolate ganache
- mengenali fungsi-fungsi peralatan asas yang diperlukan
- cara menyimpan dan mewarnakan buttercream & piping gel
- mempelajari dan mempraktikan beberapa jenis nozzles asas
- mempelajari teknik 'pressure control'
- teknik melepa cupcakes dengan betul dan licin
- mendeko 12 biji cupcakes dengan menggunakan buttercream, chocolate ganache & piping gel
- membuat beberapa jenis filling untuk kek
- membuat teknik 'crumb coat' pada kek
- mempelajari teknik yang mudah untuk menyalut kek
- cara menggunakan & menjaga edible image
- mendeko kek dengan Edible Image
- banyak tips untuk mendapatkan hasil cupcakes & cake yg cantik akan diberikan
- akan bawa pulang sebiji kek & 12 biji cupcakes yang dideko sendiri


Pada yang berminat boleh terus call saya di 0194774566 untuk pengesahan yer.. :)

Untuk kelas2 yang lain, boleh terus email untuk request. However, kelas hanya pada hari Isnin - Jumaat sahaja. Kelas pada weekend akan bermula pada pertengahan Oktober untuk beri ruang bersempena bulan Syawal untuk mengunjungi sanak saudara & kawan2 pada hujung minggu :) Nanti saya akan update jadual yer.. :)