Showing posts with label Variety Cakes. Show all posts
Showing posts with label Variety Cakes. Show all posts

Batch 5 Mac 2011: Variety Cakes

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Batch 3 Mac 2011: Variety Cakes

Batch 3 Mac 2011: Variety Cakes

Batch 3 Mac 2011: Variety Cakes

Batch 3 Mac 2011: Variety Cakes

Peserta semua belajar dari bake sampai siap deko. Buat filling, cara melayer dan segalanya laaa dari mula sampai abis. Dah selesai semua, setiap orang bawa balik 3 biji kek: Black forest cake, Pandan layer cake & Ice cream cake... Nyummmm!!!!

Yang hadir, Aslinda (Cheras), kak Shinah (Kajang), Elmi (Puchong) & Kak Hasnah (Bangi). TQ semua...! Jumpa lagi, InsyaAllah & Sukses selalu :)

Batch 12 February 2011: Variety Cakes

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Black forest cake, Ice Cream Cake & Pandan layer cake merupakan antara kek yang menjadi kegemaran ramai! Pada para bakers memang agak mudah untuk memasarkan kek2 begini.

Dalam kelas variety cakes ni akan belajar dari mula hingga siap kesemua jenis kek tersebut serta akan diajar juga melepa kek dengan menggunakan fresh cream dengan teknik yg mudah & cepat :)

Kelas kali ni juga dihadiri oleh peserta yang pernah attend kelas saya yang lain iaitu Azura (Ampang), Asmah (PJ), Azie (Shah Alam) & Hanisah (shah alam) All the best semua :)

Batch 12 February 2011: Variety Cakes

Batch 12 February 2011: Variety Cakes

Batch 12 February 2011: Variety Cakes

Batch 12 February 2011: Variety Cakes

Batch 2 February 2011: Variety Cakes

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Dalam kelas variety cakes, akan pelajari cara2 untuk membuat, membancuh & mengenali sifat2 sponge cake. Saya tidak menggunakan premix flour untuk sponge cake, tetapi saya menggunakan resipi yang asli :) rasa yang lebih sedap. lembut & beraroma :)

Kemudian akan belajar untuk membuat filling & assemble pandan layer cake, ice cream cake & black forest cake. Sifat2 & ciri2 setiap cake juga akan dipelajari. Ice cream Cake & Black forest disaluti dengan fresh cream. Sifat2 fresh cream & cara melepa kek juga diperkenalkan. Juga, saya akan berikan juga guideline untuk meletakkan harga & tips deko yg lebih menarik untuk meluaskan pasaran bagi mereka yang mahu berniaga... :)

Kesemua yang hadir kelas kali ini merupakan peserta yg pernah mengikuti kelas2 saya yang lain iaitu Farah (puchong), Waty (KL), Noriza (Kajang) & Syahida (Bangi). Setiap orang bawa pulang 3 biji kek sekali gus! Takde main potong2 punya.. Semua hasil yang telah mereka kerjakan seharian.. All the best semua :)

Batch 2 February 2011: Variety Cakes

Batch 2 February 2011: Variety Cakes

Batch 2 February 2011: Variety Cakes

Batch 2 February 2011: Variety Cakes

Variety Cakes

Category: Anyone
Time: 9.30am - 4.00pm
Fees: RM250 seorang
Peralatan perlu dibawa: Pen, Apron & kain lap
Lunch Provided

Anda akan pelajari membuat secara hands-0n:-
- membancuh & membakar sponge kek
- membancuh fresh cream
- memasak filling black forest & kastard pandan layer cake
- membuat & mendeko dari mula sampai siap:-
* Black Forest Cake
* Pandan Layer Cake
* Ice Cream Cake
- tips2 berguna untuk menghasilkan ketiga2 kek dengan baik, cantik & sedap
- setiap peserta akan bawa pulang ketiga-tiga biji kek tersebut hasil dekorasi masing2


Demo Class 2 Jan 2011: Variety Cakes
Black Forest Cake

Demo Class 2 Jan 2011: Variety Cakes
Pandan Layer Cake

Demo Class 2 Jan 2011: Variety Cakes
Ice Cream Cakes

Demo Class 2 Jan 2011: Variety Cakes

Demo Class 2 Jan 2011: Variety Cakes

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Kelas demo ni dihadiri oleh ex-student yang pernah mengikuti kelas saya terdahulu. Class ini bertujuan untuk memperkenalkan pada mereka jenis2 kek lain yang bole mereka tambahkan dalam menu bisnes mereka sedia ada dan juga untuk menambah skill mereka :)

Variety cakes ni akan dimasukkan dalam modul class terbaru saya. Akan belajar dari membuat Black Forest Cake, Ice Cream Cake & Pandan Layer Cake. Sekali ni je demo yang saya buat, lepas ni bukan demo lagi dah, all hands on dan peserta akan bawa pulang 3 biji kek tersebut yang dibuat & dideko sendiri! Best kan?

Hanya dengan bayaran sangat minimum, mereka yang datang kelas demo ni pulang dengan senyuman :) Puas dapat belajar 3 jenis kek yang sangat popular ni. Dan yang menambahkan senyuman saya juga, rata2 mereka dah rancak menerima tempahan ketiga-tiga jenis kek ni. Congrate & All the very best!!!!!!

Demo Class 2 Jan 2011: Variety Cakes

Demo Class 2 Jan 2011: Variety Cakes

Demo Class 2 Jan 2011: Variety Cakes

Demo Class 2 Jan 2011: Variety Cakes

Lepas semua peserta pulang dengan membawa setiap potong kek-kek tersebut, ada sebiji lagi balance kek, jadi saya buat Ice Cream Cake yang diletakkan standing edible image & hadiahkan pada jiran sebelah :)

Demo Class 2 Jan 2011: Variety Cakes