KELAS DIHENTIKAN UNTUK SEKETIKA

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Mohon perhatian, semua aktiviti kelas dihentikan seketika kerana saya perlu beri tumpuan pada satu projek khas. Saya tidak dapat pastikan lagi sehingga bila. Pengumuman akan dibuat setelah projek tersebut selesai. Maaf dan terima kasih atas segala sokongan :)

Alhamdullilah & Jadual July

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Baru je abis kelas drawing on buttercream cake. Seronok tengok hasil para peserta untuk kelas yang pertama kali diadakan ni. Semua cantik2 dan kemas bangat :) Nanti saya akan postkan hasil kerja mereka kat sini yer.. Banyak lagi entry yang masih tertangguh. Kesibukkan dengan family events menghadkan masa saya. Bulan June ni banyak family event :) Tapi seronok dapat berkumpul dengan saudara mara yang dekat dan jauh. Alhamdullilah...

Ramai yang dah email, sms & call bertanyakan jadual kelas untuk bulan July. InsyAllah saya akan mempercepatkan untuk post dalam blog ni yer. Jenguk2 selalu.. :)

Fondant Doll Cake

Category: Beginner / Intermediate
Time: 4 hours
Fees: RM220 seorang
Peralatan perlu dibawa: Pen, Apron & kain lap
Light refreshment

Anda akan pelajari:-
- acuan yang murah dan sesuai digunakan
- membancuh, menguli & mewarna fondant
- teknik emboss & frill
- cara carving
- mempelajari beberapa jenis decoration untuk skirt
- menyalut & mendeko doll cake sehingga siap
- hasil akan dibawa pulang

Fondant Princess Doll Cake


Fondant Doll Cake

Buttercream Doll Cake

Category: Beginner / Intermediate
Time: 3 hours
Fees: RM180 seorang
Peralatan perlu dibawa: Pen, Apron & kain lap
Light refreshment

Anda akan pelajari:-
- acuan yang murah dan sesuai digunakan
- cara carving
- mempelajari beberapa jenis nozzles untuk dijadikan skirt
- menyalut & mendeko doll cake sehingga siap
- hasil akan dibawa pulang
* hanya di ajar cara mendeko, tidak diajar cara bake cake



Princess Doll Cake

Stacked & Tiered Fondant Cake @ 28 June

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Memandangkan ada permintaan untuk kelas tersebut pada 28 June 2010 (Monday), jadi saya buka untuk seorang lagi. Bermakna kelas ini hanya 2 orang peserta sahaja.

Detail kelas rujuk sila klik sini. Yang berminat boleh daftar segera. Cara daftar rujuk menu disebelah ni yer :)

Terima Kasih! :)

PAYMENT TRANSFER TO MY CIMB

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Minta sesiapa yang ada transfer ke CIMB account saya pada 2 June atas nama Siti Rafidah Musa sila hubungi saya melalui email sebab saya tak tau payment ini untuk siapa dan apa. Minta kerjasama ya... Terima kasih :)

Drawing on Buttercream Cake Sesi Petang on 15 June

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Atas permintaan juga, saya buat satu lagi sesi petang untuk kelas ini. Detail seperti dibawah:-

Tarikh: 15 June ( Selasa)
Time: 2.30pm - 5.30pm
Special Fees: RM150 seorang (Normal: RM180)
Light refreshment disediakan
Sila bawa apron, pen & kain lap
Hanya 2 orang peserta sahaja!
Detail module sila rujuk:
http://bake-and-deco.blogspot.com/2010/05/drawing-on-buttercream-cake.html

Pada yang berminat, cepat daftar ya :) Cara daftar, rujuk kat ruangan sebelah kanan ni...
Lepas dari tarikh ni, harga seperti biasa. Jangan la email & sms saya minta harga yang sama. Ini namanye introduction fees yer sayang.. :)

New Class Added: Drawing on Buttercream Cake

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Atas permintaan yang menggalakkan, saya akan mengadakan Kelas Drawing on Buttercream Cake pada bulan ini. Perancangan awalnya nak buat pada bulan Julai, coz bulan June ni dah pack dengan orders, classes & event2 keluarga. Tapi, takpe la.. saya curi masa cuti saya untuk adakan juga kelas ni. Detail seperti dibawah:-

Tarikh: 15 June ( Selasa)
Time: 10am - 1pm
Special Fees: RM150 seorang (Normal: RM180)
Light refreshment disediakan
Sila bawa apron, pen & kain lap
Hanya 2 orang peserta sahaja!
Detail module sila rujuk:
http://bake-and-deco.blogspot.com/2010/05/drawing-on-buttercream-cake.html

Pada yang berminat, cepat daftar ya :) Cara daftar, rujuk kat ruangan sebelah kanan ni...

Ultraman Drawing Cake

Cake Mushroom Cottage