Sticky Post: Perasmian & Pembukaan

Assalammualaikum & Good Day,

Blog ini dibina khas untuk maklumat dan cerita perihal kelas & aktiviti baking & deco anjuran de`HearT Idealisme. Selain dari itu, saya juga akan postkan artikel2 dan tips2 yang boleh dijadikan panduan untuk semua para bakers, InsyaAllah.

Para peserta yang menyertai kelas & aktiviti saya juga akan saya letakkan link website mereka disini untuk rujukan. Jadi diharap semua peserta sila lah beri link yer.. :)

Klik! Daftar mailing list untuk mendapatkan maklumat terkini Deco Class & Activities.

Dengan nama ALLAH S.W.T, saya merasmikan pembukaan blog ini untuk tatapan dan rujukan semua. Anyway, blog ini masih lagi dalam process menaiktaraf, maaf atas kesulitan ya. Terima Kasih atas segala dorongan dan sokongan. :)

COMBO A: Basic Buttercream Cupcakes + Cake

Time: 9.30am - 6pm
Fees: RM340 seorang (jimat RM60)
Peralatan perlu dibawa: Pen, Apron & kain lap
Makan Tengahari disediakan
Max 5 orang

Anda akan pelajari secara Hands-on:-
- mengenali bahan mentah, suhu & jenis oven
- membancuh dan membakar cupcakes menggunakan papercup & solo cup
- membancuh , membakar dan menghasilkan sponge cake & butter cake
- membuat buttercream dan chocolate ganache
- mengenali fungsi-fungsi peralatan asas yang diperlukan
- cara menyimpan dan mewarnakan buttercream & piping gel
- mempelajari dan mempraktikan beberapa jenis nozzles asas
- mempelajari teknik 'pressure control'
- teknik melepa cupcakes dengan betul dan licin
- mendeko 12 biji cupcakes dengan menggunakan buttercream, chocolate ganache & piping gel
- membuat beberapa jenis filling untuk kek
- membuat teknik 'crumb coat' pada kek
- mempelajari teknik yang mudah untuk menyalut kek
- cara menggunakan & menjaga edible image
- mendeko kek dengan Edible Image
- banyak tips untuk mendapatkan hasil cupcakes & cake yg cantik akan diberikan
- akan bawa pulang sebiji kek & 12 biji cupcakes yang dideko sendiri

Hasil kreativiti peserta kelas:

Batch 23 June 2010

Batch 21 Sept:  Buttercream Cake + Cupcakes + Doll Cake

Asas Membina Laman Blog

Ramai yang nak buat blog, terutama kepada mereka yang nak memulakan bisnes online. Tetapi tak berapa faham langkah-langkah dan function yang ada untuk membina laman blog. Selepas mengikuti kelas ini, anda akan pulang bersama-sama sebuah laman blog dan anda tahu bagaimana untuk mengendalikannya.

Category: Anyone (Beginner)
Time: 3 hours
Fees: RM120 per person (starting from June 2010)
Sila bawa pen, buku nota dan laptop
Minimun ringan disediakan

Anda akan pelajari:
- daftar dan set up blog menggunakan blogger.com
- mengenali dan menggunakan tools & function yang ada dalam blogger
- menukar template
- membuat posting dan memasukkan gambar
- menambah pelbagai jenis widget, penggunaan label & keyword
- BONUS: cara mengiklankan blog ke internet agar dikenali
- BONUS: tips dan cara untuk meletakkan watermark pada gambar

Apa kata mereka yang pernah menghadiri kelas asas membina laman blog ini?

Dearest Ellie,

Semenjak balik dari kelas membina laman blog yg u anjurkan, i terfikir.... "Rupanya senang jer nak buat blog ni.... Tapi i rasa kalau i join kelas lain belum tentu i boleh capai tahap kefahaman yg mcm ni..."

You membuatkan kelas membina laman blog ini menjadi:
1. begitu senang difahami,
2. enjoy - tak mengantuk langsung!!
3. bebas bagi kami students untuk bertanya dan beri pendapat atau suarakan masalah2 kami...

Sudah tentu i akan memanfaatkan setiap apa yg dipelajari drp u dgn baik dan i akan bina laman blog i sampai berjaya... semua ni kerana semangat yg u tiupkan ke dlm we all hari tu...

Thanks for all that Ellie... semoga u sukses selalu dan sentiasa bermurah hati untuk beri tips kepada kami yang masih merangkak2 lagi dalam bisnes ni... heheheh... terima kasih, arigato, thank you!!!!!

Yuslina Yusoff
Kiut Miut Cupcakes

Asas Menyalut Kek Dengan Buttercream

Kepada mereka yang boleh membuat cake dan mendeko kek. Tetapi menghadapi masalah untuk menyalut kek dengan buttercream agar nampak cantik, licin dan cepat. Dengan mempelajari teknik saya, anda mampu menyalut kek kurang dari 10 minit sehingga cantik dan licin.

Category: Anyone
Time: 1 1/2 Jam
Fees: RM70 seorang
Perlu bawa sebiji kek bulat size 6", 7" ATAU 8", cake board, cake box & kain lap
Minuman ringan disediakan


Anda akan pelajari:
- mengetahui bagaimana untuk mendapatkan kek yang rata setelah siap dibakar (tidak memerlukan teknik memotong atau 'leveling')
- mempelajari teknik 'crumb coat'
- mempratikkan teknik yang betul untuk menyalut kek dengan mudah dan licin

Note: tidak termasuk mendeko kek, hanya menyalut sahaja.

Feedback dari yang menghadiri kelas ini
"Salam kak ellie, mekasih byk2.. sungguh tidak ku duga, senang jer melepa kek ni! sebelum ni memang bikin tension dan berjam-jam saya buat tak penah nak cantik dan smooth. Alhamdullilah, lepas berguru ngan kak ellie, sekejap je saya dah pandai (puji diri sendiri ni!!). Suami saya pun kagum, dia kata licin macam beli kat kedai. Semua tip-tip yang kak ellie kasi, semua sgt berguna. Dapat extra knowledge lagi tu bile attend your class ni. Time kasih kak ellie (sambil tunduk tanda hormat cam org jepon). Semoga kak ellie sukses selalu." - mimi

D.I.Y Cake & Cupcakes Stand

Terdapat banyak cake & cupcakes stand yang berada dipasaran. Tetapi anda juga boleh membuatnya sendiri. Pelajari cara & tips untuk membuat stand dengan cantik dan teguh.

Category: Anyone
Time: 2 jam
Tidak perlu bawa sebarang peralatan
Minuman ringan disediakan
Yuran adalah seperti berikut:-
1-2 peserta: RM100 seorang
3-4 peserta: RM80 seorang
5-6 peserta: RM60 seorang

Anda akan pelajari:
- beberapa jenis stand
- mengetahui bahan-bahan yang boleh digunakan
- teknik untuk mendapatkan stand yang murah, cantik dan teguh
- cara meletakkan harga untuk sewaan atau jualan
- membuat 3 tingkat cake & cupcakes stand dan dibawa pulang hasil kreatif anda!

KLIK UNTUK LIHAT GAMBAR PESERTA YANG PERNAH MENGIKUTI KELAS INI

D.I.Y Cake & Cupcakes Stand

Mengenali Nozzles

Kelas ini khas untuk mereka yang baru bermula untuk berjinak2 dalam seni mendeko kek & cupcakes dan mengenali beberapa bahan dan peralatan asasnya. Ini merupakan langkah pertama sebelum anda bersedia untuk mendalami seni mendeko.

Category: Beginner
Time: 1 hour
Fees: RM70 seorang
Tidak perlu bawa apa-apa peralatan
Minuman ringan disediakan

Anda akan pelajari:
- secara teori, pelajari cara membancuh buttercream dan sifat-sifatnya
- cara menyimpan dan mewarnakan buttercream
- mengenali piping bag, coupler dan 6 jenis nozzles
- mempelajari teknik 'pressure control'
- latihan menggunakan semua nozzles atas training board

Stack & Tier Fondant Cake

Category: Intermediate
Time: 9.30am - 5pm
Fees: RM350 seorang (2 stack cake) / RM400 (3 tier & stack cake) / with figurine +RM50
Peralatan perlu dibawa: Pen, Apron & kain lap
Makan Tengahari disediakan
Maksimum 3 orang peserta sahaja

Anda akan pelajari:-
- mengenali fondant & gumpaste
- membuat dan mewarna fondant
- mengenali peralatan asas untuk membuat deko fondant dan gumpaste
- membuat pelbagai bunga kecil dari beberapa cutter, daun, ribbon & butterfly
- menyalut kek dengan fondant
- mempelajari teknik untuk stack kek, swag, drapes & frill
- menggunakan teknik emboss
- membuat lilitan ribbon dari fondant
- mengenali, membuat, mewarna dan mendeko dengan royal icing
- mendeko 2 atau 3 tingkat kek fondant dengan semua teknik yang dipelajari & menggunakan ready made sugarpaste flower untuk melengkapkan deko

Note: kelas ini menggunakan 2 biji butter cake bersaiz 8" dan 6" untuk stacked cake & saiz 9", 8" dan 6" untuk tiered & stacked cake. Cake yang telah siap akan dibawa pulang.

KLIK UNTUK LIHAT GAMBAR PESERTA YANG PERNAH MENGIKUTI KELAS INI

Stacked Wedding Fondant Cake
Sample: 2 stack fondant cake

Batch: 13 May 2010
Sample: 3 tier & stack fondant cake

Three tier & stack fondant cake with figurines
Sample: 3 tier & stack fondant cake with figurine

Basic Fondant Cake with Figurine

Category: Intermediate
Time: 9.30am - 4pm (until finished)
Fees: RM250 seorang
Peralatan perlu dibawa: Pen, Apron & kitchen towel
Makan Tengahari disediakan
Min 2 orang peserta & Max 4 orang peserta


Anda akan pelajari:-
- mengenali fondant & gumpaste
- membuat dan mewarna homemade fondant
- mengenali, membuat dan mewarna royal icing
- mengenali peralatan asas untuk membuat deko fondant dan gumpaste
- menyalut kek dengan fondant
- membuat pelbagai bunga kecil, butterfly & ribbon
- mempelajari teknik crimping, drapes, frill, effect & emboss
- membuat figurine little girl
- mendeko sebiji kek fondant dengan semua teknik yang dipelajari
- semua pelajar akan bawa pulang kek yang telah siap di deko

Contoh cake topper, Little Girl Figurine.


KLIK UNTUK LIHAT GAMBAR PESERTA YANG PERNAH MENGIKUTI KELAS INI


Cake Topper

How to deco a fondant cake

Note: Saya akan menggunakan real cake untuk kelas ini, bukan dummy. Sebab saya nak peserta rasa dan tau cara yang betul. Kalau pakai dummy, berbeza sebenarnya. Banyak perkara dan tips akan saya berikan sepanjang kelas ini. Anda bukan sahaja akan pulang dengan fondant cake yang siap di deko sendiri tetapi juga ilmu dan teknik untuk menghasilkannya. Sebab tu hasil kek fondant dalam kelas ini akan nampak sedikit "crowded" coz akan belajar banyak teknik dan diapplykan pada satu kek :) Lepas ni sure anda jatuh cinta untuk bermain dengan fondant & gumpaste :)

Baking & Deco Buttercream Cake

Category: Beginner
Fees: RM200 seorang
Peralatan perlu dibawa: Pen, Apron & kain lap
Makan Tengahari disediakan
Min 2 orang peserta & Max 4 orang peserta

Anda akan pelajari:-
- membancuh , membakar dan menghasilkan sponge cake
- membuat & mewarnakan buttercream
- membuat beberapa jenis filling
- mengenali fungsi-fungsi peralatan asas yang diperlukan
- mempelajari dan mempraktikan beberapa jenis nozzles asas
- mempelajari teknik 'pressure control'
- mempelajari teknik yang mudah untuk menyalut kek
- cara menggunakan & menjaga edible image
- banyak tips untuk mendapatkan hasil kek yg cantik akan diberikan

KLIK UNTUK LIHAT GAMBAR PESERTA YANG PERNAH MENGIKUTI KELAS INI

Sample: Basic Buttercream Cake Deco

Note: Hasil kek yang dipelajari memang akan nampak 'crowded' dan warna yang banyak. sebab banyak teknik dan penggunaan nozel yang pelbagai jenis. Yang penting anda akan pelajari banyak perkara dan practice semasa kelas. Balik nanti dah pandai menggunakan pelbagai jenis nozel dan tau hasil bentuknya kan? :)

Module Kelas




*** KLIK PADA GAMBAR UNTUK ENLARGE










Drawing on Buttercream Cake

Category: Anyone
Time: 3 hours
Fees: RM180 seorang
Peralatan perlu dibawa: Pen, Apron & kain lap
Light refreshment disediakan

Anda akan pelajari:-
- menyalut kek dengan buttercream menggunakan scrapper
- membancuh & menyediakan piping gel
- mempelajari teknik transfer drawing
- mewarna drawing dengan piping gel
- mempelajari beberapa jenis borders
- banyak tips untuk mendapatkan hasil kek yg cantik akan diberikan

KLIK UNTUK LIHAT GAMBAR PESERTA YANG PERNAH MENGIKUTI KELAS INI


Ultraman Drawing Cake

Cake Elmo Drawing

Cake Mushroom Cottage

Cake Barney

Asas Menyalut Kek Dengan Fondant

Kepada mereka yang boleh membuat cake dan mendeko kek. Tetapi menghadapi masalah untuk menyalut kek dengan fondant dengan teknik yang betul agar nampak cantik & licin.

Category: Anyone
Time: 1 1/2 Jam
Fees: RM120 seorang
Perlu bawa sebiji kek bulat size 8", cake board dan cake box
Minuman ringan disediakan


Anda akan pelajari:
- mengenali asas fondant

- membuat homemade fondant
- cara menguli dan mewarna fondant
- mengenali perbezaan fondant & gumpaste
- menyalut kek dengan fondant
- melicinkan kek yang telah disalut fondant

Note: tidak termasuk mendeko kek yang telah disalut fondant.

Basic Fondant Cake: 17 April 2010

Assalammualaikum & Good Day everyone,
Boleh dikatakan semua peserta ni, pertama kali pegang fondant,but berjaya buat cake fondant yang kemas dan belajar macam-macam teknik dan tips. Terima kasih pada Kak Lela (puchong), Niza (Kerinchi) dan Fazila (Senawang). Remember, practice make perfect! :) Semoga kita bersua lagi.

Batch 17 April 2010: Basic Fondant Cake Deco

Batch 17 April 2010: Basic Fondant Cake Deco

Batch 17 April 2Batch 17 April 2010: Basic Fondant Cake Deco010: Basic Fondant Cake Deco

Batch 17 April 2010: Basic Fondant Cake Deco

Batch 17 April 2010: Basic Fondant Cake Deco

Batch 17 April 2010: Basic Fondant Cake Deco

Basic Fondant Cake: 13 April 2010

Assalammualaikum & Good Day everyone,

Ini kelas Basic Fondang Cake pertama yang saya anjurkan. Peserta yang hadir ialah Zarina dari Putrajaya dan Farah dari Seri Kembangan.

Practice make perfect ya :) Thanks!

Batch 13 April 2010: Basic Fondant Cake Deco

Batch 13 April 2010: Basic Fondant Cake Deco

Batch 13 April 2010: Basic Fondant Cake Deco

Batch 13 April 2010: Basic Fondant Cake Deco

Combo C: Buttercream Doll Cake + Fondant Doll Cake

Baking & Deco Buttercream Cupcakes
Category: Beginner
Time: 9.30am - 5pm
Fees: RM340 seorang (jimat RM60)
Peralatan perlu dibawa: Pen, Apron & kain lap
Makan Tengahari disediakan

Anda akan pelajari secara Hands-on:-
Buttercream Doll Cake
- acuan yang murah dan sesuai digunakan
- cara carving
- mempelajari beberapa jenis nozzles untuk dijadikan skirt
- menyalut & mendeko doll cake

Fondant Doll Cake
- membancuh, menguli & mewarna fondant
- teknik emboss & frill
- cara carving
- mempelajari beberapa jenis decoration untuk skirt
- menyalut & mendeko doll cake sehingga siap

Batch 18 Julai
Batch 18 Julai