Batch 8 June 2010 @ Taman Molek, Johor Bahru

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Kelas ni diadakan atas permintaan makcik saudara saya dan kebetulan masa tu saya balik kampung rumah mak mentua. Atas persetujuan makcik saya, jadi saya buat dirumahnya. Semua barang keperluan saya angkut dari sini. Penuh sendat kereta! Kelas ni sepatutnya ada 5 orang peserta tapi seorang tu missing in action pula. Kesian pada 16 orang lain yang mohon untuk join the class tapi tak dapat sebab saya hadkan hanya 5 orang sahaja. Kelas ni dihadiri oleh makcik saya, Nany (Pasir Gudang), Aziah (JB) & Puan Azizah (Pasir Gudang).

Kelas ni tiada baking secara praktikal tetapi saya berikan penerangan secara terperinci asas baking, cara2 dan tips2 untuk membuat dan menghasilkan kek & cupcakes. Kemudian di ajar mendeko cupcakes dan cake dan bonusnya saya tunjukkan cara mendeko sebiji doll cake dengan buttercream dengan deko yang mudah. Semua yang hadir berminat untuk berniaga. Jadi saya berikan juga tips2 untuk memulakan perniagaan dan cara2 meletakkan harga :)

Actually saya nak buat lagi kelas di JB. Tapi selepas dari kelas di Tmn Molek ni, saya rasa tak berapa 'feel' mengajar. Mungkin sebab bukan di tempat sendiri dan juga agak kurang selesa sebab space yang limited. Saya ada dapat offer untuk conduct class di Baker's Zone di Larkin. Sekarang ni masih lagi dalam perbincangan. InsyaAllah, kalau semuanya diizin ALLAH s.w.t saya akan adakan kelas di JB lagi. Pada yang email dan sms saya untuk request kelas di JB, Harap bersabar banyak2 yaaa....

Batch 8 June 2010 @ JB

Batch 8 June 2010 @ JB

Batch 8 June 2010 @ JB

Batch 8 June 2010 @ JB